Sulaiman Ninam Shah
Sulaiman Ninam Shah

Sulaiman Ninam Shah

Tun Sulaiman Ninam Shah (2 Januari 1920 - 5 Julai 2003) dilahirkan di Kampung Sarang Buaya, Muar, Johor, Malaysia daripada keturunan darah India Muslim (Mamak)-Melayu[1]. Sulaiman Ninam Shah merupakan seorang usahawan perniagaan yang berjaya, ahli veteran politik, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Parit Jawa (1959-1964) serta bekas Senator dan Speaker Dewan Negara. Beliau juga adalah salah seorang pengasas UMNO dan bekas Pengerusi Tetap UMNO (1976-2003)[2].

Sulaiman Ninam Shah

Lahir 2 Januari 1920
Sarang Buaya, Muar, Johor.
Pekerjaan Ahli Politik dan Perniagaan
Pasangan Toh Puan Rose Othman
Digantikan oleh Badruddin Amiruldin
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
Anak-anak Sembilan
(Enam lelaki & tiga perempuan)
Meninggal dunia 5 Julai 2003(2003-07-05) (umurĀ 83)
Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur